title entry dah lain mcm je. mcm ada yg disayangi yg dah pergi buat selama lama nya. hmmm. itulah yg terjadi.. ingat tak, a few day lps aku ada buat entry psl air mata senjata wanita? yg dlm entry tu aku cite psl simba. satu satu nya kucing kesayangan yg keluarga aku bela. simba tu lah yg dah takde. dia dah pergi dulu tinggalkan kami. :'(
mlm td, kire2 dlm pukul 10, mase tu, aku baru lps mandi. slps satu hari memenuhi masa dgn memandu kereta dari batu pahat ke shah alam pagi2 lagi,sampai2 teros pergi ke kelas sampai ptg, balik kelas meredah hujan sbb kereta di parking di padang kawad. dgn kepala yg tegang di sebabkan mlm sebelum nye yg kurang tido. aku gagah kan diri jugak sampai ke rumah sewa. walaupun masa tu, tubuh dah takde kekuatan,aku terpaksa gagah kan diri mengangkat barang2 yg dibawa blk dari bercuti dan memanjat tangga sebanyak 4 tingkat. sampai2 atas, terus mendamparkan diri di atas tilam. hanya tu yg mampu. dan mengambil keputusan untuk tidur sekejap bg menghilangkan letih dan mengurangkan sakit kepala yg dihadapi satu hari td. kira2 pukul 9.30 baru aku tersedar. masa check henfon nmpk misscall dari mimi dan abah. serta 2 unread inbox dari mimi. yg meminta tolong utk ambil dia di pdg jawa. tgk last message dlm pukul 8.15. ya allah. aku tido langsung x sedar kan diri. naseb baik mimi dah slmt smpi rumah. lega. dan lps dah setel mintak maaf dgn mimi sbb x dpt tlg dy, aku pon pergi mandi basuhkan kepala sekali sbb td dah terkena hujan.walaupun dah terlambat,aku tetap nak mandi dulu sblm psg niat utk sambung balik tido sampai pg. selepas mandi, ada terniat nak jerang air buat air milo 3in1 tapi sebelum tu, sempat check fon kot2 ade msg yg msk. ye tepat sekali. message dari adik aku.
salam akak.. sorry ganggu. ajim ada bende nak ckp sikit.akak, simba kirim salam dekat akak. dia dah takde dah. dia dah mati.
terduduk aku di sisi tilam menekup muka menahan air mata dari jatuh. tapi aku tak mampu. rasa sedih dan pilu yg amat menghempap diri. 5minit lepastu baru aku ada kekuatan nak reply blk msg adik aku tny pukul berapa dia mati.. rupa nya simba mati pagi smlm lg. masa tu aku tido di batu pahat. tido umah anis sbb abah blk jb hntr ajim dgn mak. pagi smlm waktu aku bertolak ke shah alam, ada aku telefon abah tp abah x bg tau ape2 pon selain pesan suruh bawak kete elok2.jgn laju2 mcm hari yg aku blk mlm tu. mungkin abah x nak aku sedih pg smlm. hmmm. tp sebenar nya smlm aku dah rasa tak sedap hati sepanjang hari tu. sampai takde selera nak makan.rasa aneh bila penyakit xde selera tu dtg tibatiba.dan sbnr nye jgk, aku mcm dah boleh rase ade bnde nak jd sbb mlm yg aku tido umah anis tu, aku mcm x bleh tido sgt. asek terjaga jaga. tp mase tu x terpikir ape. sampai lah mlm td bila diberitahu rupa nye simba dah pegi pagi semalam :'(
lepas tu aku mcm tersangat perlukan someone nak kongsi cerita sedih ni. terus aku capai fon celcom call anis.mase tu cuma terlintas nak call anis je.aku rase aku lebih kpd menangis drpd bercakap. sbb mmg tak mampu nk menahan sedih dia. sampai lah tibe2 call terputus sbb credit aku abes. aku cube tenangkan diri. tp x mampu. dan aku capai pulak fon maxis,mase tu teringat nak call mimi. teros aku call dan ye lagi sekali. menangis lebih lagi daripada bercakap. sungguh tak tipu aku mmg tak boleh thn rasa sedih dgn berita kematian simba. satu satu nya kucing kesayangan dlm keluarga. lepas call mimi, aku cube tenangkan diri. tapi entah knpe smlm aku takde power nak bentti kan air mata tu. menangis berterusan sampai lebih sejam.
teringat blk cuti seminggu aritu bnyk aku spend time dgn simba sbb dia bnyk tido dlm rumah disebabkan menanggung sakit yg kami sekeluarga tak tawu. ingatkan cuma demam biasa. tp lps blk dari klinik aritu keadaan dy mcm lagi teruk.tak mkn. cuma minum air.masa tu dah rase kesian dah tp ye la sbb dia kucing kan.klu baby, boleh jgk suap2 kan. dan aku teringat jgk isnin sblm cuti hari pekerja tu. masa tu adik aku blk sekolah. puas dy beri salam dkt bawah sbb nak suruh bukak pintu gril tp aku x dgr sbb aku dekat atas. dah lame baru aku dgr. masa aku trn tu, belum smpt aku smpi bawah, simba dah sampai dulu depan muka pintu sbb nak sambut ajim blk sekolah. simba mmg paling manja dgn ajim. masa tu rasa pilu jgk tgk simba gesel2 kan bdn dia dkt kaki ajim. rupa nye tu last dia sambut ajim balik sekolah. ya allah, jatuh lagi air mata ni. kitorang lyn simba tu dah mcm ahli keluarga. dia jd peneman ajim dgn mak bila abah balik batu pahat. in fact, semua makcik2,pakcik2 aku and adik sepupu yg dtg umah mst carik simba dulu. mmg sedih sgt bila dpt tawu dia dah takde lg. sepanjang mlm aku menangis sampai tertido dgn mata yg menakung air. rasa nya tgk industan pon x menangis teruk camni skali. haha. mmg la.bkn sdeh sgt pon en industan tu. haritu sblm bertolak pg batu pahat, masa tu semua org dah dkt depan tgh angkat beg msk kereta. aku sempat pegi blkg nak ckp babai sbb dah nak blk. *simba,aku dah nak blk.sorry sbb mlm ni ko tdo sorang lg ye.nnt esok dorang blk. kau kene mkn tau. nnt cpt sihat. nnt kite jumpe lagi bile aku blk cuti* tapi aku cuma mampu ckp dlm hati je smbil belai bulu2 dia..sbb masa tu dah rasa sebak tiba tiba. tp simba mcm dgr je ape ckp.sbb dia mengiau bg respon walaupun tgh sakit. rupa nya itu yg terakhir dari dia untuk aku. :''(
kehadiran mu kami sambut,pemergian mu kami ratapi. terima ksih simba sbb dtg menceriakan keluarga kami. menghiburkan hati dgn gelagat yg bijak dan kelakar. terima kasih sbb x putus2 membuat aksi yg comel kelakar dan manja yg menenangkan semua org. terima kasih sebab teman mak masa abah takde. terima kasih sbb memberi peluang kami mengumpul pahala menjaga dan membela kau. terima kasih jugak sbb meninggalkan gambar2 yg comel2 utk diratapi. walaupun baru setahun tapi rasa mcm dah bertahun tahun dan bila kau takde ni mmg meninggalkan rasa sedih yg amat. walaumacam mana pun, yang bernyawa pasti akan mati. tak kira lah manusia atau pun haiwan. semoga kau bahagia di sana berjumpa dgn ibu dan adik kau. simba in memory. :'(
nota kaki : gambar ni baru je amek seminggu lepas. nampak kan mcm dia tgh sakit. :(
Thursday, May 3, 2012
Tuesday, May 1, 2012
DEMONstrasi?
hai selamat pagi semua. well, selamat bercuti utk semua org yg bekerja. HAPPY LABOUR DAY.setahun sekali pasti diraikan. nama je hari bercuti utk org bekerja, tp semua orang dpt cuti hari ni termasuk budak sekolah tadika. yela kan, kalau tak sape pulak yg nak menjaga dan mendidik dorang kat sekolah tu en.
sebenarnya hari ni hari last cuti untuk midsem break aku. eh tak.actly hari last ahad lepas.tp aku je yg buat cuti sendiri isnin( semalam) memandangkan hari ni cuti lagi. so rase mcm rugi pulak kalau tak sambung cuti kan? hihi. hidup kene ade strategi dan perancangan yg betul lg teratur baru kepuasan hidup tu dapat dinikmati. muehehehe. dan aku amat sangat lah malas nak balik shah alam hari ni. sebab plg utama ia adalah kerana rasa malas nak drive sorang2 walaupun dari batu pahat.dekat lah sikit compare dgn jb-shah alam. tapi tetap rasa malas tu ada. haihh. tp tetap kene kuat kan semangat meneruskan perjuangan menyempurnakan degree pertama dlm setahun lg. inshaallah. amin. :)
oh ye dikesempatan ini, cehh mcm poyo je bunyik dia. haha. just nak kongsi sikit luahan hati pasal DEMONstrasi bersih 3.0 yg baru berlaku sabtu lepas. apa pendapat korang?
kalau tny pendapat aku, hmmm. aku rasa demonstrasi tu sgt disaster. well nama pon DEMONstrasti. Demon kan.dasar setan. mmg semua nya yg serba buruk keji negatif atau lebih kesat sikit lebih kepada semua yg celaka. bukan tak boleh berhimpun secara baik dan aman in fact PM yg disayangi dah provide kan stadium untuk si makhluk2 kuning ni berhimpun. tapi kenapa masih nak berasak berharok sana sini smpi menyesakkan lalu lintas. mungkin itu yg diharapkan oleh anwar ibrahim dan ambiga. mungkin keganasan dan haru biru itu sangat menghiburkan. otak dia. -.-
dan lagi menyedihkan bila mereka mereka yg entah mana letak nya iman dan akal masa tu atau mmg tak pernah ada langsung. menendang nendang kereta polis, membelasah polis polis. apa yg mereka tak puas hati sgt dgn polis. polis kan pengaman negara. masa tu hentam polis kutuk polis ckp polis anjing la polis tu polis ni. dgr sini, kalau satu hari nanti anak kau kene rogol dgn penjahat, kau nak buat report dgn siapa? BOMBA? pikir lah sikit. jgn letak otak dekat lutut. mungkin kau nak balas dendam sebab polis dok sebok2 tangkap mat rempit membasmi rempit haram.kau tak puas hati sbb mengganggu hobi kau sampai kau pon di heret dlm penjara. dah memang itu tercatat dlm akta keselamatan. kau nak berlumba masuk lah litar. setakat ada RXZ bunyik preng preng tak lah hebat mane. sekali kene libas dgn kereta kancil pon dah terbaring kau tepi jalan. setel.lps tu masuk hospital kerajaan sbb nak free. hentam kerajaan tapi guna jgk kemudahan yg kerajaan peruntukkan. tak malu ke? then kau bls dendam dgn join rusuhan rusuhan mcm ni. kepala bana. bullshit semua ni.
melayu, mana pergi semangat bersatu yg kita warisi sejak zaman kemerdekaan dulu? tgk skrg, melayu bergadoh dgn melayu. bangsa asing bergelak ketawa sambil berlaga gelas arak sbgi tanda kejayaan melihat bangsa melayu bergadoh sesama sendiri. bila melayu bergadoh sesama sendiri,kerajaan yg didominasi oleh org melayu mulai goyah dan ini lah peluang mereka nak merebut tahta dan bila melayu tidak lagi dominant, hak melayu atau hak bumiputera tidak lagi menjadi suatu yg diagongkan.masa tu dgn kabinet menteri penuh dgn bangsa lain. org melayu bersepah sepah memegang jawatan sbgi pembantu rumah, pekerja makan gaji dan penyapu sampah. ini ke yg kita nak? SEDAR LAH WAHAI ORANG MELAYU. pikir kan masa dpn generasi akan dtg. pikirkan nasib anak anak kita. sekurang kurang nya semangat satu malaysia tu tetap kene ada. tunjuk kan contoh yg baik baru bangsa lain akan sama sama berganding bahu memajukan negara dan sekali gus keharmornian negara dpt dikekekalkan.
lagi satu, rasa sedih dan mengecewakan bila ada pelancong asing yg dtg melancong dkt kl tu rasa terancam keselamatan mereka. dan mungkin persepsi negatif mula wujud terhadap malaysia. blk negara dorang,mat saleh tu semua dok canang kat sedara mara sepupu sepapat sahabat handai ckp malaysia negara yg x selamat dan melarang mereka dtg melancong ke nengara ini. bukan setakat tu, nnt ekonomi negara pon akan jatuh disebabkan sektor pelancongan orang luar ke dlm negara yg berkurang secara mendadak.lps tu negara mengalami kegawatan ekonomi. sampai berlaku percatuan sana sini. itu ke yg kau nak? nmpk tak kesan2 negatif demonstrasi ni? kau tak nmpk semua tu.bila org ajak bersorak berhimpun ramai2 dpt tshirt free tu yg kau suka sgt.nak nak pulak kuning tu feveret kaler kau. laju je lah ikut punggung ambiga tu. dia kan kristian. walauapa pun tahniah lah ambiga sbb dpt kumpulkan umat islam sbgi pengikut kau. -.-
aku cuma mahukan malaysia yg aman dan damai supaya rasa selamat tu sentiasa ada setiap kali keluar rumah. tak perlu menyorokkan diri dari rusuhan dan keganasan. semoga malaysia kekal aman damai sampai bila bila. aminnnnn.. :)
nota kaki : mohon maaf sekiranya ada yg terguris hati atau x berpuas hati. ini cuma luahan perasaan dan pendapat dari dalam lubuk hati. salam satu malaysia. ♥
Subscribe to:
Posts (Atom)
the faith
1-things always come for reason
2-what goes around comes around :)